Bangun pagi ni dgn suatu keazaman yg sguh pasti iaitu nak menghabiskan masa sehari suntuk tanpa berbuat apa2, maksudnya xde buku rujukan, xde journal, xde microsoft words, xde lesson audio, tapi hanyalah nak membuang masa..!elok sgt la aku punya azam hari last tahun 2010 nie..
Perasaan aku skrg ni tersangatlah lara, org lain mungkin tgh bersiap2 nak keluar nk sambut new year tapi aku duk melayan perasaan, & memberatkan kepala otak aku dengan benda remeh-temeh, ntah kdg2 aku geram jgk dgn diri sendiri sbb suka membebankan kepala otak sendiri, dahla benda yg sepatotnya aku pikirkan dh berat, tambah plk dgn benda2 tersepak tepi jalan..
Disebabkan kelaraan aku tu, aku tukar lagu blog kpd lagu lenka, trouble is a fren..tk tahulah samaada nak kata ni lagu feberet ke tak..kalau lagu feberet apesal kdg2 tu aku elakkan diri dripada dengar lagu ni, tapi apesal plk kdg2 aku sengaja melayankan diri dgr lagu ni..?aku boleh hanyut kalau aku hayati betul2 lagu ni, hanyutan itu membuatkan jiwa aku turut hanyut, ntah susah nak ckp perasaan itu, yg pasti aku semacam terbawa2 kepada kenangan itu & apa yg aku alami ketika itu..hanya org2 yg terlibat memahaminya, xpn aku sorg je yg paham..sbb sorang lagi hati batu, sorang lagi aku tak pastilah....Tapi kdg2 tu aku rs suka dgn perasaan itu, gila x..?
Xnak bercakap psl azam baru yg berjela2 stp kali new year, sbb yg tu aku mmg dah paku kemas2 dlm hati, akan berusaha memperbaiki diri dgn sikap2 mahmudah, merajinkan lagi diri aku yg trsgt pemalas, mnjalinkan silaturahim dgn org2 sekeliling & melupakan segala memori lepas yg pahit..melupakan?? haha, silap bukan melupakan, tapi buat xtahu..selagi bergelar memori, selagi bergelar kenangan, xde apa yg blh dilupakan..buat xtahu dn biarkan masa menjalankan tugasnya, Insya-Allah lama-kelamaan akan ilang dgn sendirinya....
Tapi sblm aku melangkah kaki ke tahun yg betul2 baru bagi aku, izinkan aku menjengah sekejap ke belakang utk mengambil iktibar, pengajaran & mengutip pengalaman berharga dri setiap peristiwa yg telah berlaku, bukan mengungkit mahupun membangkit.......
Tahun 2003 - pertama kali aku melangkahkan kaki keluar dri negeriku yg tercinta..aku merantau hingga ke negeri sembilan menuntut ilmu...KMNS..Di situlah aku mula belajar dengan lbh mendalam erti hidup, cinta, sayang, rindu, suatu harapan & impian..* rs hiba tiba2*..x lupa sue & iz tercayam!
Tahun 2004- Hubungan kasih syg aku secara rasmi bermula...aku meneruskan lagi langkah kaki ke UKM ,bangi..sepanjang 3 tahun berada disini, aku cuba utk tidak meletakkan minda, memori & jiwa aku terlalu kuat disini tidak seperti di KMNS..tpi siapa sangka, rupanya jejak aku masih bertapak disini kerana aku sgt2 merindui life aku sebagai student disini, tidak lama slps tamat pengajian, aku sudah mula merindukan segala2 nya berkaitan UKM bangi ini , ex-coursemate aku, hostel aku, nasik tom yam yg besh itu, sambal yg sguh pedas hingga berasap hidung & telinga aku dibuatnya, belajar erti kesabaran terutama menunggu bas dlm kampus, yg kdg2 bila aku ilang sabar menunngu bas, aku amik keptusan ponteng kelas aje, hehehe....(jgn tiru tau) , bab berebut naik bas aku memang terer, haha & yg penting sekali geng aku, GENG CT KHADIJAH!!..nanti aku buat 1 topik khas utk kita ye.. :))
Tahun 2006- xtaulah samada aku nak cakap ini suatu yg menarik ataupun tak..mungkin ia aadalah permulaan yg membahagiakan, menyeronokkan dll bagi aku tapi ia juga merupakan suatu permulaan utk sesuatu yg bakal menjadi bencana dlm hidup aku yg xpernah aku jangka!
Tahun 2008- Tahun ini blh dikatakan permulaan perasaan aku berkecamuk, penuh dgn dugaan emosi, jiwa, batin & minda..Aku tgh bergelut dgn pelajaran aku (ms ni aku tahun 1 sarjana) disamping bergelut dgn emosi yg aku rasakan amat kurang stabil ketika itu..yg hampir2 berjaya menukarkan aku menjadi seorang manusia yg selfish, pendendam, pemarah, mudah terusik minda..di penghujung tahun ini, hati aku ibarat kaca yg pecah berderai2, ibarat ditoreh dgn pisau yg amat tajam, hari mana yg aku tidak termenung, hari apa yg aku tidak mempamerkan senyuman palsu & malam mana yg bantal tidur aku tidak dibasahi oleh air mata aku....menjadi seperti mayat hidup ats pengorbanan yg aku lakukan..!
Tahun 2009- Permulaan tahun yg mengelirukan aku sbnrnya...sekali lagi di awal2 tahun ini aku terpaksa mmbuat suatu keputusan yg sukar..aku melukakan hati insan yg ini, sekaligus melukakan hati aku juga ( 6 tahun berakhir disini), aku melukakan hati insan yg itu, kerana aku tidak mahu merasai lagi sebarang kepedihan (10 tahun terputus disini) & menganggap inilah jalan keluar terbaik tanpa menyedari bahwa apa yg aku lakukan mungkin adalah suatu kesalahan...masa makin berjalan, keputusan telah dibuat, & barulah aku menyedari bahawa aku menjadi seorang yg berhati kering & mementingkan diri sendri ketika keputusan itu diambil....tpi ingin juga aku tegaskan, ia memang suatu keslahan tapi bukan suatu kesilapan..!! Siapa sangka rupnya banyak juga air mata aku yg tumpah, sakit didalam hati bukan kepalang tpi aku sentiasa memujuk diri snediri supaya bersabar kerana Allah SWT...
Kali ini aku tekad, pertahankan apa yg telah berada dalam genggaman baik hubungan aku yg baru terbina mahupun pelajaran aku...apa nak jadi, jadilah..niat aku mmg ikhlas semata2 kerana Allah..aku percaya apa yg Allah tentukan adalah yg terbaik buat aku & ad hikmahnya...kami menjaga hubungan ini dgn sebaiknya..Alhamdullilah mahligai kasih terbina jua dipenghujung tahun ini brsama2 seorng insan yg aku kenal tidak sampai 12 bulan....
Tahun 2010 - Tahun ombak gelora, angin bertiup sepoi2 bahasa, terkadang ribut didalam hati, kdg2 sinaran mentari terlalu terang benderang dlm hati aku hingga terukir cahaya senyuman dibibir...haha, pendek kata tahun belajar utk lebih mematangkan diri...tahun dimana aku dapat menatap wajahnya dgn sepuas2 hati aku tanpa jemu.....dan kini aku lebih yakin dlm hati bahawa dia sememangnya ditakdirkan untuk aku, dia adalah penyembuh luka dihati aku, dialah dugaan aku, cabaran aku, dia yg kdg2 mmbuatkan marah aku ditahap gunung berapi tapi diakhirnya dia jugalah yg menjadi penyejuk hati aku semula sedingin ais dikutub utara & selatan.. beralah tdk rugi sedikitpn kerana syurga aku kini berada dibawah tapak kakinya...dialah suamiku yg tercinta, MOHD DAUDSU JAMALUDIN... =))
Tahun 2011- Wallahualam, semuanya masih rahsia Allah SWT....
** sEBENARNYA KELARAAN YG AKU RASA ADALAH DISEBABKAN AKU SGT2 MERINDUINYA YG SUDAH SEMINGGU BERADA DI BUMI KL** jap lagi musti aku nanges punyalah, sob sob sob
adiosss