Sunday, December 23, 2012

# 144




'Sesungguhnya Tuhanku sedang  mengujiku'

Friday, December 7, 2012

# 143

 Sedang berusaha gigih menyiapkan penyelidikan...

Setiap org yg sambung PhD masing2 ada cara tersendiri kan untuk menghadapinya...

Sama lah macam saya,

Cara sy ialah

dengan menjadi fellow tajaan USM,
dengan menjadi seorang isteri kepada insan bernama Mohd Daudsu,
dengan menjadi seorang mommy kepada seorang anak perempuan yang comel, Nik Dhiya Qistina,
dengan menjadi seorang ibu mengandung di sem ke-3 pengajian..hehehe

& opkos yg plg utama

dengan menjadi seorang hamba-Nya yang Maha Berkuasa

hurmm, kelihatan sangat tidak mudah bukan berbanding dengan rakan-rakan lain yang masih single-mingle ataupun yg sudah berkahwin tapi masih belum ade anak, kena tamatkan pengajian dlm masa 3 tahun..phewww.. hanya mereka yg berada dlm situasi sama mcm sy je yg memahami...

tapi xpe, selagi boleh sy akan berusaha buat yg terbaik & termampu,

USAHA DOA & TAWAKAL



Monday, November 26, 2012

# 142


Syukur Alhamdullilah ke hadrat Ilahi. Allah SWT memurahkan rezeki bagi ku di bulan Muharam, bulan yang sangat indah. Airmata kegembiraan menitis takala mengetahui diri ini rupanya sedang berbadan dua. Mengenangkan begitu mudah Allah SWT  makbulkan doa ku & suamiku sementara ada pasangan2 lain yg sgt berharap akan kehadiran cahaya mata mash x kunjung tiba. Juga bila mengenangkan segala dosa2 yg dilakukan, tapi Allah Yang Maha Pemurah & Maha Penyayang memudahkan urusan kami...syukran Ya Allah...


Sejujurnya diri ini sangat teruja dengan kehamilan kali ini.Tidak pasti mengapa tapi tentunya ada beberapa perkara yang perlu mommy tebus semasa kehamilan puteri sulung dahulu. .mommy mahu menjadi ibu hamil yang lebih ceria & gembira & banyak beribadat kepada-Nya. Sedang menyiapkan pengajian PhD bukanlah suatu penghalang, Insya-ALLAH seandainya kita berfikiran dgn lbh positif, kehamilan ini akan menjadi penguat semangat utk mommy cepat2 habeskan pengajian yg berbaki lagi setahun setengah..Teringat masa Master dulu, kehamilan Nana memang memberi kekuatan pd mommy utk siapkan thesis master dgn jayanya tepat pd masanya & mommy menerima ijazah master pada usia kandungan 8 bulan..Alhamdullilah...



Bila mendapat tahu akan kehamilan disebalik rasa gembira, tiba2 diri ini teringat akan niat untuk mengerjakan umrah pada bulan 5 ini sementelahan mama & papa & adik2 telah mendaftar untuk ke umrah pada Mei 2013..Tiba2 mommy diselubungi rs sedikit kecewa & sedih kerana mngikut perkiraan pada waktu itu usia kandungan mommy adalah 7 bulan yang tidak memungkinkan mommy utk turut serta. Teringat plk masa mommy hamilkan Nana, pun mommy x dapat ikut bersama2 abi menunaikan umrah kerana usia kandungan pada waktu itu pn dlm 7-8 bulan..ttba2 terasa sedih, & memujuk hati sendiri ' mungkin belum masanya Allah izinkan aku menjejakkan kaki ke bumi berkat itu","mungkin ada hikmah yang lebih indah menanti disebalik semua ini'..



Baru sebentar tadi, mommy amik masa sekejap membaca majalah Q&A yang baru dibeli. Semasa sedang membelek2 & mmbaca muka surat demi muka surat tiba2 mommy terbaca suatu ayat daripada Ustaz Mohd Kazim Elias dalam kolum Senyum Pagi yang bertulis

Allah SWT menganugerahkan pahala yg sgt besar kpd wanita yg mengandung disebabkan kesusahan demi kesusahan yang ditanggung. Keutamaan mengandung seprti MENGERJAKAN HAJI DAN UMRAH serta berpuasa sepanjang hari"
Terus terkesima diri ini takala membacanya. Serentak itu juga air mata bergenang di kelopak mata. Sesungguhnya Engkau maha Berkuasa Ya Allah, Kau ubati hati hamba-Mu ini dengan penawar menerusi ayat ini..benarlah seperti yang tertera pada topik majalah Q&A, Jagalah Allah & Allah akan menjagamu..Subhanallah...tenang kembali rasanya jiwa ini..syukur Ya Allah...


Insya-Allah semoga kehamilan ini akan memberikan rezeki yg tidak terhingga kepada ku & keluargaku & semoga dengan rezeki  ini menjadikan kami hamba-Mu yang lebih brsyukur Ya Allah... Aminn


Monday, November 12, 2012

# 141

Skang da masuk bulan November...musim org kahwin skg ni...tpi pelik gak, aku xde pn dapat undangan kahwin member2 ku..ke tahun ni xde member aku yg kahwin bulan Nov...? hoho..

Hati terasa sgt gumbira n rileks lepas balik bercuti..dari Kelantan-KL-Port Dickson-KL-Johor-Singapore-Johor-Singapore-KL-Kelantan...phewwwww, walaupun penat tapi sonok..!!

Universal studio singapore


Legoland, sila jeleskan diri sbb sy dh berjaya jejak kaki ke sini hehe

Banyak agy gambar tapi mls la plk nk upload huhu....pendek kata percutian ni mmang brbaloi2, yang paling ceria dan gembira ialah my lil princess, kuar2 je spital esokkan terus ke KL...Alhamdullilah kesihatan nana semakin bertambah baik ;))

so,skang ape yg perlu dibuat? kembali fokus kepada kerja2 penyelidikan...jangan malas2!..SV pn dah pulang dari UK..hehe..Insya-Allah xde aral, this December or January dah boleh mulakan data collection...harap semuanya berjalan lancar ;))

Saturday, October 27, 2012

# 140

Salam Aidiladha... hujung2 tahun ni mmg ramai le kawan2 yg kahwin..hari raya aidiladha pn ada memori tersendiri jugak bagi sy n my hubby sebab pd hari raya aidiladha yang ke-2 kami diijabkabulkan :)) Kepada member2 yg bakal berkahwin pd hujung tahun ni atau dlm masa terdekat, tahniah diucapkan..semoga berbahagia dlm melayari alam rumahtangga :)) okey sekarang masa utk merancang percutian...sgt teruja tapi sket trbantut sbb nana demam plk sehari dua nih..tapi Insya-Allah harap2 lusa nana dh kembali sehat ..okeh selamat malam

Saturday, September 15, 2012

# 139


Ketika aku memandang kehidupan yang aku miliki pada masa sekarang, aku sgt2 bersyukur kepada-Nya..benarlah kata bidalan, yg kita suka mungkin x baik untuk kita & sebaliknya...kerana Allah lebih mengetahui segala2 nya...seharusnya bila menoleh kembali ke belakang, melihat mereka2 yang pernah hadir dalam hidup aku, ya aku patut berterima kasih kepada mereka..kerana tanpa mereka, aku tidak mungkin akan berada dalam situasi  sekarang...baik kepada mereka yang menggembirakan aku selama ini mahupun yang menyakiti aku, pendek kata Allah hadirkan mereka dlm hidup aku bukan untuk suka2, ade peranan masing2 disitu... seribu perkara aku blh pelajari dripada mereka2 & setiap yang berlaku...kdg2 org yang kita anggap musuh lah yang banyak memberi inspirasi & motivasi kpd kita...haha...dengan syarat, kita kena sentiasa berfikiran positif... di situlah letaknya ujian untuk menguji sejauhmana aku mampu mengawal diri daripada amarah, dendam dn segala perkara negatif...bukan mudah tapi x mustahil ;))

Yang penting jaga hati sebaik2nya....memang susah tapi Insya-ALLAH kalo kita berusaha meminta kepada-Nya, Dia akan melenyapkan segala rs marah, sedih, kesal dsb dari hati kita & mggantikannya dengan sejuta nikmat & kebahagiaan ;))

Friday, September 7, 2012

# 138







SO.....



COZ I KNW




                                                                    hehehehehehehehe

Saturday, September 1, 2012

Saturday, August 25, 2012

# 136



Sebelum kahwin memang x brape nak amik kesah sgt psl hal ehwal bakal suami time tuh..sbb family yg aturkan semuanya jadi waktu tu sy percaya yang segalanya akan baik..bila dah kahwin, barulah sy perasan terdapat beberapa persamaan antara sy & suami sy...diantaranya ialah:

1) kami 5 adik beradik..suami sy 5 beradik, sy pn 5 beradik..adik beradik sy 3 perempuan & 2 lelaki, suami sy pn cmtu jugak, 3 perempuan 2 lelaki ;))

2) dari segi keturunan, sebelah mama sy ialah keturunan Nik...mama sy Nik Sah, sebelah suami plk umi keturunan Nik..umi Nik Salmani...keturunan Nik dari kedua2 belah ibu..pulaknya dua2 mak ni kahwin dgn org bukan Nik, jadi kami2 ni xde nama Nik..tpi mmandangkan kami ade darah Nik, anak kami namakan Nik sebagai penyambung keturunan...mama sy x silap dri keturunan Raja Jembal, umi dari sebelah Raja Pipih yg ade kaitan dengan Raja Pattani...moyang umi adelah Ulama besar di Pattani...my mum masa nk dilahirkan dulu nenek cakap kena lapik kain kuning sbb payah nak kuar, pastuh mudah2 je kuar...

3) Sebelah ayah plk dua2 ade darah India marii..hehe..sebelah papa sy moyang dtg dari India, ala2 Hindustani, ayah kepada datuk sy namanye Merican...begitu jugak dgn sebelah abah suami sy, ada keturunan Hindustani jugak, yg sedikit sebanyak diwarisi oleh suami sy .. hehe ;))

4) Dari segi pemakanan plk, sy & suami sama2 x suka makan hati berulam jantung ni, haha..

5) Dan persamaan yang ke-5 adalah persamaan yg kiut iaitu, kami sama2 pakai baju size 'S'...hahahahhaa!!...


Lihatlah betapa indahnya perancangan jodoh yang Allah SWT tentukan utk kami..Alhamdullilah :)

Friday, August 24, 2012

# 135



Patotkah sy katakan bahawa ini adalah hadiah dari hubby sy..? hehe...bila org tanya, ni sape yg punya, hubby cakap: sy pinjam pakai je...hehe

no lah, ia tetap kamu yg punya, tetap duit kamu yg keluarkan, hanya diatas kertas saje nama sy... ;))


semoga sdkt sebanyak ia sudah dpt mmbantu merealisasikan impian kamu sayang :))


Monday, August 13, 2012

# 134

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan
Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku
Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu
Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta
Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu


~ Lagu feberet chenta hati sy buat ms skg, hari2 duk dgr~ ;))

Thursday, July 12, 2012

# 133

Alhamdullilah tadi majlis kesyukuran sempena pembukaan kedai DS telecommunication berjalan lancar..semoga bisnes suami sy ini berjalan dgn lancar, bertambah maju dri masa ke semasa...Insya-Allah andai ade rezeki Allah kurniakan, boleh buka beberapa cawangan DS telecommunication ni (berimpian besor tu huhu)





Nampak gaya tugas sy pn dh makin bertambah, dh jdi dealer Celcom ploks..huhu..sebab kedai ni buka betul2 sebelah rumah je..jimat kos sewa kedai kekeke...sekali pikir bagus jugak inisiatif yg diambil olh suami sy nih, trmasuk dri segi buat renovation besar2n..berbaloi ;))


oh ye, tahniah jugak kepada suami sy & TRW kerana menjuarai Liga Super 2012..syukur2 kpd-Nya..


Rezeki dtg mencurah2 utk suami, diri ini & family...Alhamdullilah ;))

Lepas ni target Piala Malaysia plk...hehe





Friday, July 6, 2012

# 132

Biar mimpi mimpi kita

Jejak sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan
Menongkah arus ini

Aku tahu bukan mudah

Tapi mimpi ini harus aku
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini

Jangan resah ini takdir

Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita

Biar mimpi sampai ke bintang

Kerna kita semua tahu
Kerana ini impian
Setiap satu dari kita

Tiada gunung yang terlalu tinggi

Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini

Jangan resah ini takdir

Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita
Menuju ke bintang

Tuesday, June 26, 2012

# 131

Sedang mnyaksikan perlawanan Kelantan vs Tganu utk Liga Super.....
Baru sudah tidokan my lil princess....
Hoaaa sekarang da masuk hari ke-4 bibik pulang ke Indonesia (ape khabar agaknye bibik skg ni, hehe)
Xde bibik ni, penat la sket ambo..selagi anak x tido, selagi tu xley wt kije...kdg2 tu bila anak da tido, mood nk wt kije dh ilang terbang melayang2...last2 tarik selimut jgk...(tido la ape laie)
Cuma bab nk buat kije brkaitan dgn pengajian je la yang trganggu sket...urusan rumahtangga xde masalah (cth;basuh baju, basuh baju anak, lipat baju, kemas bilik dsb)
masa ade bibik pn mmg sy x benarkan bibik kemaskn bilik tido sy sbb bagi sy bilik tido adelah tempat private, org sembarangan xley masuk....
kalo bab panjat-memanjat nak amik brg tempat tinggi pn xde masalah hehe...biase kalo suh husband tlg amikkan pastu dia x amik2 gak, sy amik sendiri jek...(sebut husband, rindu plk kat die)

okeyla, nk smbg tgk bola, hope kelantan menang malam ni... INSYA-ALLAH

* oh ye, ats sebab2 tertentu alamat blog diubah kpd yg asal kembali...antaranye disebabkan atas permintaan & dot dot dot...

Adios ;)

Tuesday, June 5, 2012

# 130

Sedar x sedar, sekarang kita dah berada di bulan JUN..Ya ALLAH, cepatnya masa berlalu kan..da pertengahan tahun rupenye...okeh so, apekah maksudnye bila ketibaan bulan Jun ini bagi saya...? 

Sgt menakottkan untuk didedahkan hehe.....yea, ketibaan bulan ini menandakan ketibaan final exam for second sem..maksudnya second sem da nak berakhir? oh tidakk,...andai dapat ku undurkan waktu...bukan exam tu yg menjadi persoalan tpi RESEARCH PHD...sape cakap bt phd ni senang...x senang okeh x mcm master..95% berbeza dengan master...*Semalam bermimpi jumpa SV* hukhukhuk....sv yg skg berada nun jauh di UK selama 9 months....next year plk kita bakal ketemu...tpi bertuahnye student dia yg sorang ni, SV g UK nk masuk sebulan lebih lgsung x inform ape 2 sebab xde progress, alih2 SV yg whatssap tanya psl progress...apalagi 'masukkan bahan2 secukup rasa & goreeennnngg' huhu...*jangan tiru macam sy ye, sgt x berdisiplin* ;p

okeyla da penghujung sem ni baru dtg kesedaran semula....skg tgh brtungkus lumus dengan research sama naik dengan nak study utk final exam... haiiihhhh...sabar2....at least ade kesedaran kan,,,Insya-Allah masih sempat kejor.... ;))

Dilema kedua, bibik ku bakal tamat kontrak dlm beberapa hari je lagi...huwaa mane nk carik bibik ni...ketat gile kot peraturan gov skang...tpi mjurlah sy sempat pulang KB sebelum dia balik Indon...bt sementara waktu sy boleh la jaga anak sepenuh masa (pastu duk pikir bila plk nk buat kije2 phd ni)....risau memikirkan masa depan anak...huhu....& juga diri sendiri & juga suami tercinta....okeylah x mo risau, banyak2kan berdoa semoga segala urusan dipermudahkan-Nya...Aminnn

Okeylah, agak2 da boley sambung study x? hehe

*rs seronok gak bila xde org yg tahu alamat baru blog ku ini, sekurang2 nya xde lah stalker ye* peace no war :p

oh ye jgn lupa tingkatkan amal ibadah di Bulan Rejab ini... xsabar menunggu kedatangan Ramadan ;)

Wednesday, May 23, 2012

# 129

Alhamdullilah..akhirnya Kelantan dinobatkan sebagai juara Piala Fa 2012...yang paling bagusnye Kelantan team yang pertama merasmikan piala baru Fa..Hehe..dan yang bagus jugak suami sy diberi kepercayaan untuk berada dalam senarai first eleven dan Alhamdullilah dia dan rakan2nya telah melaksanakan tugas dengan sgt baik... cayok!





Saya sendiri pn pada malam itu tersangatlah excited dengan kemenangan tersebut..Seakan2 dpt merasakan kemenangan tersebut apabila merasa sgt teruja sedari awal permainan lagi...haha, siap naik berdiri atas kusi lagi tu..first time tuh...bukan ape sebab semua org kt depan berdiri atas kusi, so sy yang xbrape nk tinggi x nampaklah haha...tapi boleh dikatakan semua org berdiri ats kusi termasuklah kakak2 ipar n abang2 ipar duai ku..heehe...* beshhh jugak sebenarnya x duk kusi VIP, duk kusi biasa2 lagi bersemangat, tgk kusi VIP sebelah, alahai, semua duduk je penuh sopan, meraikan kemenangan TRW, heehe *

Akhir kata, selamat maju jaya TRW untuk Liga Super plk!

Saturday, May 19, 2012

# 128

Salam ceria dan selamat pagi....pagi 19hb Mei yang indah dan mendamaikan...tpi dlm beberapa jam lagi menjelang ke malam, sekitar SBJ akan gamat dengan suara2 dn aksi2 para penyokong Kelantan n Sime Darby sempena final Fa yg bermula pd jam 830 malam ini...

Fuuhhh, ntah kenapa sy pn rs sgt bersemangat untuk hadir ke SBJ malam ni....x seperti final Fa tahun leps...tahun lepas rs cm biase2 saje...mungkin sebab ade gerak hati mngatakan Kelantan x akan menang...Hurmm, sy berdoa semoga kejadian yg menimpa suami tersayang tidak akan berulang lagi pd malam ini..semoga DS dapat fokus & memberikan komitmen yang tinggi serta tidak melakukan kesilapan sekiranya diberi peluang beraksi pada malam ini.....yup, sy yakin dengannya dan sy juga yakin dengan doa2 sy kepada-Nya.....

Ya ALLAH semoga malam ini kemenangan menjadi milik pasukan TRW...okeh, sy pn mahu bersiap2 ke rumah kakak ipar coz semua dh brkumpul disana, kemudian kami akan nertolak ke glenmarie court rumah kak nina, sy solat asar disana, dn bergerak menuju ke SBJ...dan solat Maghrib disana...Ya Allah semoga hamba-Mu ini dapat melaksanakan solat dengan sebaik2nya....Aminn ;))

Wednesday, May 9, 2012

# 127


Harus di akui bahawasanya semester kedua ini sy kurang fokus kepada pelajaran mahupun research...terasa sgt lembaaappp....boley g2?....hurmm bukan lah lembap ape pn tapi bnyk kejadian2 yg berlaku yg xperlu lah sy sebutkan satu persatu disini...yg pastinya ia berkaitan dengan keluarga tercinta dan sudah semestinya keutamaan diberi terhadap my lil princess...sampaikan kdg2 sy sendiri jadi bingung, sekejap di KB sekejap di KL...bila org tanya bila balik, kepala jadi kosong kejap, nak mengingat hari pergi dan balik...sampaikan terlupa hari ni hari ape dsb....

Oh ya sekarang ni jugak sy sedang menganalisa diri sendiri memandangkan sy kurang bersetuju dengan personaliti peaceful phlegmatic....sy adalah gabungan beberapa persoanliti diri yg lain dan sy pasti anda semua juga begitu...dan 1 antara yg menarik perhatian sy ialah kesamaan diri sy dengan Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu ' sy sukar mengingat nama orang ( kalo sy bukan sukar, tapi sy tidak cuba untuk mengingatnya), tapi sy cemerlang dlm subjek Sejarah)..sama lah kita Tun!! heheheh.....opss tpi yg pasti subjek maths, kimia, fizik dan bio juga Alhamdullilah.....

Teringat plk bila mula berjinak2 guna komputer masa di matrikulasi....ttba pensyarah yg mengajar tu bertanya : 'kat rumah awak xde komputer ke? awk xpernah guna komputer ke?'................................................................................................................................

But now, i am doing my PhD in biostatistics.....u know what i mean.....statistics....software.....SPSS, AMOS, STATA....blablabla..........

;))

Thursday, May 3, 2012

# 126

 TENTANG RASA

Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Ijinkan ku lepas penatku
‘tuk sejenak lelap di bahumu
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya
Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya
http://hotliriklagu.com
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Thursday, April 19, 2012

# 125

Sememangnya banyak benda yang nak ditulis, yang nk diceritakan & yg mahu dicoretkan diruangan blog sy ini tetapi kebanyakkan anya berlegar2 dalam minda dan dalam hati je....sebabnya xberkesempatan mahu menaip sejak dua menjak ini..heehe...

Tapi hari ini adalah hari bersejarah bagi suami sy, maka sy gagahkan diri jugak utk menaip diruangan ini...hari ini suami sy telah menerima Pingat Setia daripada Al-Sultan Kelantan. Walaupun agak ralat sebab sy tiada disisi menemaninya kerana tuntutan 'belajar' namun yang pasti sy tumpang gembira untk dirinya...Alhamdullilah la semenjak mendirikan rumah tangga dengan beliau, rezeki dtgtanpa diduga...lebih2 lagi rezeki bagi pihaknya samada dri segi peribadi, keluarga mahupun karienya...dugaan tu semestinya xblh dipisahkan dripada hidup...dugaan yg xkurang hebatnya juga melanda tapi sy bersyukur sebab Allah SWT mnegurniakan suami sy dan sy sendiri hati yang cekal dan tabah untuk mengharungi setiap dugaan hidup..

Semoga kebahagiaan ini berkekalan hendaknya....Amin



Tuesday, April 10, 2012

# 124


Setiap lagu ada kisahnya yg tersendiri...sy percaya setiap org pasti ada lagu tertentu yg apabila didengar bisa mengingatkannya kepada sesuatu samada memori lepas, kenangan silam ataupun seseorang...
Kalau sy memang banyaakk sbb sy memang jenis yg 'kaki jiwang' tapi prlahan2 minat tersebut ditinggalkan..sekarang ni hanya bergantung kepada keadaan..seiring dengan pertambahan usia dengan peredaran masa dan dengan segala macam pengalaman...

Terbaru, sy duk layan lagu firman kehilangan..lagu ni agak spesel sebab ni lagu pertama yg ditujukan kepada sy oleh insan yg sy cintai yg sekarang da bergelar suami sy...org lelaki sememangnya payah dan amat sukar untuk meluahkan isi hati mereka menerusi kata2 mahupun apabila berhadapan..sampaikan kdg2 kita x tahu apa sebenanrya yg tersirat dihati mereka...bahkan nak meluahkan isi hati menerusi lagu pn kdg2 amat jarang dilakukan oleh mereka yg bergelar lelaki ni..jadi, apabila suami sy mendedikasikn lagu ni khas kepada sy, seribu rasa yg bersarang dikalbu lebih2 lagi bila mendengarkan bait2 liriknya...dan sy pn pertama kali jugakla dengar lagu ni..hehe...tapi nada n liriknya amat menyentuh jiwa lebih2 lagi sy dan suami pn sekarang sedang PJJ...

opkos la, bukan saja2 nak touching ke hape kan, tapi ade sejuta kisah yg berselindung disebalik kisah percintaan kami....hanya ALLAH SWT sahaja lah Yang Mengetahui...sy tahu suami sy mcmane orgnye...ALHAMDULLILAH akhirnya dia mengiakan jua rasa hatinya menerusi lirik lagu ini (itulah yg sy interpretasikan)...dan yg bertambah terkezut sbb dia war2kan lagu ni diwall fb nye..sesuatu yg dia xpernah buat sebelum ni sampaikan sy sendiri terkezut dn rs amat terharu...huhuhu....

antara lirik yg mmbuatkan sy mengalirkan air mata ms mendengarnya buat pertama kali :

Ku coba ungkap tabir ini

Kisah antara kau dan aku

Terpisahkan oleh ruang dan waktu
 
Menyudutkanmu meninggalkanku

Asmara memisahkan kita
 
Mengingatkanku pada dirimu

Gelora mengingatkanku
  
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa
        
Hidup tanpa ada kamu aku gila

Takkan ku sia-siakan kamu lagi
       
..........................

Terima kasih suamiku ;))

Thursday, April 5, 2012

# 123

 Masih lagi mencari artikel2 yg perlu dibaca yang perlu disesuaikan dengan bidang kajian..supervisor sy da selamat sampai di UK..so, sekarang ni semua benda 100% kena buat sendiri..komunikasi dengan SV mungkin sedikit terhad memandangkan sy hanya dpt berubung dengannya menerusi email...aagak2 la kan kalo sv sy pulang Malaysia bulan 12 or Januari depan, terkejut x dia kalo time tu sy dh siap analyze data n da masuk bab discussion..haha..klo cmtuh bukan setakat sv terkezut, sy pn terkezut kot kekeke...hope jadi kenyataan..Amin..

so, skg jom baca artikel!! design RFOT tu...dengan mggunakan teknik hybridization..jom3!

*semenjak dua menjak ini, sy rs penggunaan Bahasa Melayu sy semakin kurang bagus* ;p

# 122


Lambaian Kaabah.....

Menggamit rasa.........


Murahkan la rezeki ku Ya Allah, agar suatu hari aku dapat menjejakkan kaki ku ditaman Kaabah.....

* Tahun 2010 suami sy dh buat umrah, Alhamdullilah...sebenarnya sy nk ikot sama g wt umrah tapi time tu sy tgh sarat mengandung, jdi xdpt pergi, hanya doa yg dpt dititipkan*

Insya-Allah andai ada rezeki lebih, ada masa terluang, sy nk menjadi tetamu di rumah ALLAH SWT ini bersama2 dengan suami tercinta....murahkan rezeki ku dan lapangkanlah masa ku Ya Allah...Amin

Wednesday, April 4, 2012

# 121

 Terasa sgt tenang...aman & damai......

Jom sambar keta ni 1 wahai suami trcinta...hehe





Macam cun je kan...

Tapi masih bersyukur dengan apa yang ada....

 Hehehe...

Opkos la memandangkan ini keta sy yg pertama yg dibeli dengan duit sendiri.....tahun beli keta ni 2009, sama usia dengan Lancer hubby ku....bila beli brg guna duit sendiri ni, kepuasannya lain la cket...sama lah bila majlis kahwin sy dlu pn hampir 100% guna duit sendiri...kos pn mahal x mahal dlm berbelas ribu gak la...sbb x mo nyusahkan mama & papa & familiku...sendiri mau kahwin sendiri mau ingtlah ye x..hehe

eh tba2 lak terpesong jauh dri tajuk keta haha...

okeylah Adios

Saturday, March 31, 2012

# 120


Ada kejutan bakal berlaku..........



 Itu je yang mampu aku buat seperti yg tertera diatas apabila kejutan itu berlaku


just ......wait n c 



Thursday, March 29, 2012

# 119



~Sahabat yang baik, apabila dipandang wajahnya, membawa mengingati Allah, mendengarkan kata-katanya, menambahkan ilmu, terlihat gerak gerinya, meninggikan takut kepada Allah, berkawan dengannya, berjuang ke jalan Allah~

sy ade sorang member yg sebegini orgnya...from Johor..sgt suka mmberi nasihat...now dia dh kije sebagai pegawai sains...after sy accdt tempoh hari, dia PM sy slps hampir brtahun2 x contact each other...sgt trharuu..dlm msg dia pn msh sempat sampaikn nasiht n pesanan...Amalkan baca Al-Mathurat Syah....katenye...

Insya-Allah  :))

* masuk tahun ke-10 persahabatan sy dengan dia...cepatnya ms brlalu....*

Friday, March 16, 2012

# 118

Wahh xsempat nk hupdate blog untuk peristiwa yg menggembirakan hati sampaikan baru perasan entry yg lepas susunan ayat ntah ape2..rs hari tu mcm dh okey skali bukak balik,apesal jadi cmtuh..hishh... So, okeh ape citenye yg gembira tu?hehe suami tercinta aka mohd daudsu telah membuat kezutaaannn dimalam besdaynya..besdaynya 18 Mac...dn pd mlm 17 Mac yg hanya beberapa detik lagi menghampiri angka 12am, Mr.daudsu telah membuat jaringan gol dri jarak jauh yg merupakan gol pertama untuk pasukan kelantan....hehe...waa terkezut mommy yg ms tu tgh tdokan qstina..ingtkan bola x gol, skali rupenye gol, bangun meloncat mommy...sampaikan my lil princess trgamam tgk mommynya yg excited...dengan qistina sekali pastuh bangun terkedek2..hehe....wah bagusnya my hubby, dah bagi hadiah besday untuk diri sendiri..tarikh yg sudah semestinya wajib diingati...

Siap menari tu walaweh..haa kalo nk tau mcm tu la Ds menari klo dlm bilik depan mommy n qistina, haha..!


speselnya 1 lagi sebab sebelum ni kelantan sentiasa kalah di Perak...so, kemenangan kelantan di Perak kali ni adelah sumbangan gol suamiku n member kamcengnya Mr.Roypi..dan opkoslah semua tu adelah kuasa dari Allah...Alhamdulliah

 Skg dia berada di Maynmar..seriuss rindu giler kat hubby...dan mommy asyik duk ulang lagu cinta 'firman kehilangan 'dari hubby tu setiap kali sebelum tdo...wah tangkap syahdu beb...selepas brmacam dugaan n cabaran yg melanda diri ini, suamiku n puteriku diawal Mac, Alhamdullilah akhirnya berita gembira muncul jua..dan semoga selepas ini lebih banyak berita gembira yg muncul dlm hidup ini ...Amin

 Jadi itulah ceritanya hari ini dalam sejarah...hehehehehe :))

*hadiah spesel menanti kepulangan wiraku hehe*

Thursday, March 8, 2012

# 117

Saat ini aku masih mampu tersenyum...
Saat ini aku masih mampu memandang insan2 kesayanganku....
Saat ini aku masih mampu bergelak ketawa dengan ahli keluargaku yg tersayang.....
Saat ini aku masih mampu melihat indahnya senyuman puteriku....
Saat ini aku masih mampu menatap redupnya pandangan mata suamiku...
Saat ini aku masih mampu membelai puteriku dengan kedua2 tanganku....
Saat ini aku masih mampu memeluk suamiku dengan penuh rs sayang & cinta.....

Tapi....

Apakah yang akan berlaku..
Seandainya pada malam itu...
Allah SWT mentakdirkan sebaliknya yang berlaku.....

Subhanallah......

Sesungguhnya aku adalah hamba-Mu yang hina....
Sesungguhnya aku adalah hamba-Mu yang banyak berdosa....
Sesungguhnya aku adalah hamba-Mu yang banyak melakukan kesilapan.....
Sesungguhnya aku adalah hamba-Mu yang selalu tidak bersyukur dan berterima kasih diatas nikmat pemberian-Mu......

Ya Allah......

Aku percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya yang tersembunyi.....
Aku percaya apa yang berlaku adalah sebagai tanda 'peringatan'..
Aku percaya kejadian yang berlaku itu adalah sebagai salah satu tanda 'penyucian jiwa' ...
meghapuskan dosa2 & setiap kesalahan mahupun kekhilafan yg telah dilakukan.......
Dan aku percaya Allah SWT Maha Penyayang, Maha Mengasihani & Maha Pengampun....

Dan

Sesungguhnya....

Saat ini aku masih mampu mengalunkan bacaan Al-Quran....
Saat ini aku masih mampu menegakkan tiang agamaku.......
Saat ini aku masih mampu berdoa untuk kesejahteraan, kebahagiaan, keamanan, kegembiraan, kejayaan & keselamatan hidupku, puteriku, suamiku & keluargaku.....

Syukur Alhamdullilah Ya Allah.....

Amin.......




Tuesday, March 6, 2012

# 116



Syukur Alhamdullilah Ya Allah.......
ssguhnya maut hanya sejengkal dri kepala,
 tapi Engkau selamatkan semuanya...
Alhamdullilah

Monday, March 5, 2012

# 115


Hari brgumbira....di D curve...first time tau sy pandu sendiri ke d curve..biase pegi ngn suami, ngn sepupu sepapat...yg bestnye x sesat hehe..pegi & balik selamat semuanya..Alhamdullilah..kalo duk sorang2 ni semua kena berdikari la kan, stended la tuhh.. ;))







sgt sonok leh abeskan ms dengan geng sekepala huhu ;))


okeh sekian sja utk kali ini ;))

 ADIOS

Thursday, March 1, 2012

# 114


Walaupun kdg2 kita kata yg org lelaki x akan faham tentang masalah yg org perempuan alami....

Disebabkan org lelaki dan org perempuan berfikir dengan cara yg berbeza....

Pendekatan yang mereka ambil berbeza dengan pendekatan yg kita ambil....

Atau lebih tepat lagi org lelaki lebih ccol berbanding org pmpuan yang mudah emo & mudah trsentuh hati.....


Tapi

1 je yg sy percaya & yg sy tahu & sy yakin benar.......

Dia  sentiasa ingin membantu sy dikala sy dlm 'kesusahan hati'.....

Dia sentiasa ingin menjadi pendengar setiap masalah2 sy....

Dia sentiasa berusaha untuk menenangkan sy dengan komen2 'bernas' nye (hehe).......

Dia sentiasa ingin membahagiakan sy disaat2 sy dlm kesedihan......


Walaupun

Pendapat kami adakalanya tidak sama......

Idea kami adakalanya tidak selari......

Pandangan kami adakalanya bertentangan.....

Teori kami adakalanya berlawanan......


Tapi sy masih dan akan sentiasa percaya.....

Dialah orgnya dikalangan insan yg akan sy tetap cari....

Dialah orgnya yg sy akan pergi....

Untuk menceritakan setiap masalah sy, setiap kesedihan, setiap kekecewaan,

Mahupun setiap kegembiraan, setiap kebahagiaan dan setiap keceriaan.....


Kerana

Sesunggunya

Dia adalah  suami sy.......

Dunia dan akhirat.........

Hendaknya.....

Amin


* Miss him sooo damn much!*

x terungkap dengan kata2.... (^__^)


_Lagi entry tanpa title ye tuan2 & puan2_

Tuesday, February 28, 2012

# 113



Sesungguhnya....hari ini....sy merasa kecewa dan sedih......





* Kata2 nasihat dari akak merangkap senior merangkap member sy:

~Perjalanan masih panjang dan jauh, lepas nih akan banyak lagi air mata yg akan tertumpah/ditumpahkan/mengalir~

I need my hubby n my lil princess......

Kepada-Nya jua tempat mengadu.....

Monday, February 27, 2012

# 112

 
*LAGU PEBERET DOLU2* LAYAANNN ZAAASSSSS


Everybody's got something, they had to leave behind
One regret from yesterday that just seems to grow with time
There's no use looking back or wondering
How it could be now or might have been
All this I know but still I can't find ways to let you go


I never had a dream come true
'Til the day that I found you
Even though I pretend that I've moved on
You'll always be my baby
I never found the words to say
You're the one I think about each day
And I know no matter where life takes me to
A part of me will always be with you, yeah

Somewhere in my memory, I've lost all sense of time
And tommorow can never be 'cos yesterday is all that fills my mind
There's no use looking back or wondering
How it should be now or might have been
All this I know but still I can't find ways to let you go


You'll always be the dream that fills my head
Yes you will, say you will, you know you will, oh baby
You'll always be the one I know I'll never forget
It's no use looking back or wondering
Because love is a strange and funny thing
No matter how I try and try
I just can't say goodbye, no, no, no, no

Sunday, February 26, 2012

# 111

Hujan.....hujan rahmat.....berseorangan cam gni...kalo waktu2 cmnih, mmg xley lari dri teringatkan anak & suami.....so far, xde lagi rs stress....cuma nye, teringt ms nk final exam sem lepas....balik rumah mmg da xley nk ckp dgn sape2 sbb xde member kan...dri aku mula2 menjejak kaki ke rumah ni...mmg master bedroom la tempat aku bnyk habeskan masa...(ditambah plk time tuh, tv rosak, so kena tggu hubby belikan tv baru..pastuh dh ade tv baru, siaran plk xclear, last2 langgan astro gak, dipenghujung sem gak la baru dpt tgk tv..) so, blh bayangkan x cmne keadaan aku..?haaa, sbb tu aku  lebih suka habeskan ms di library UPM...kdg2 aku duk c2 dri pagi sampai petang....awal2 sampai prtengahan sem dlu, agak jahil tempat kan..so stp kali msk waktu solat, mesti aku g masjid UPM...pastuh ade la member gtau kat lib ade surau...mmg trpikir gak mesti kat lib ade surau tapi sbb malas nak tanya mereka2 yg dc2, so pegi je la masjid...lagipn best g masjid..suasana lebih tenang, aman & kdg2 aku baca2 nota kat masjid lepas selesai solat.....depends pd keadaan la skg, kalo sempat g masjid, kalo x semayang je kat mana2 tempat yg leh smyang

okeh, brbalik pd cite asal (nak cite keadaan smsa dirumah sbnr2nye, huhu)...rumah yg aku diami skg ade 3 bilik...1 master bedroom, 1 bilik aku wt bilik study n ade 1 bilik kecik khaskan utk tetamu yg dtg....aku xpernah pn tdo kat bilik kecik tu xkira ar pagi ke ptg ke malam sehinggalah aku nk exam last sem...disebabkan dah xtau nk buat apa, nak amik mood study la ape la, otak pn dah 'jeng' semacam...last2 amik bantal selimut, bawak ke bilik kecik tu  n tdo kat c2..hehe...mcm berkesan gak utk minda aku cara tuh....ye ar, kdg2 kita kena ubah kebiasaan kita kpd ssuatu yg brbeza kalo kita nk dptkn hasil yg brbeza...opkos la nk dptkn hasil yg lbh baik.....

Hurmm...ntah ape2 dh aku ni...sebenarnya mmikirkan tentang hari esok dn hari2 yg mendatang...tapi kan bila duk pikir2 n duk risau2 psl hari esok xde guna gak...sbb nye aku pernah baca...hari yg lepas jgn dikenang, hari yg mendatang jgn dipaksa kedatangannya...fokuslah pd hari ini & pd ms sekarang....

sekian, TQ huhu

adioss

Friday, February 24, 2012

# 110


Wokeh ni hupdate mengenai percutian sy brsama family tercinta..di tok aman bali beach resort..tempat ni bukan kat bali hokehh tapi kat kelate...mmg best tempat ni...

so,kepada sesiapa yg tgh duk cari tempat percutian dlm negara, atau lbh tepat dlm negeri kelate, tempat ini sgt disarankan...ni ade serba sket  gambar2 sepanjang kami disana...boleh dijadikan panduan kepada mereka yg berminat nak g tok aman ni...








Sy rs percutian ni sgt berbaloi..jimat duit..jimat masa dan jimat tenaga..ye lah, sbb g ni pn lepas my princess kuar spital, so x mo la g jauh2..plan asal nk g singapore hehe..tapi Dr xbagi my princess naik flight, takot nanti pecah plk gegendag telinga...so sy dan suami pn dtg la cni selepas menurut kata suamiku...amat berbaloi2..hehe....




Aksi anak dan bapak yang sentiasa menceriakan hatiku  ini..hehe...

Peace yooo!

Hokeh, begitulah alkisahnya....so, sape2 yg berminat leh la g sane ye..(wah mcm nk tlg promote la plk kan, kalo dpt komisyen besh gak ni, hehe)


okey, sy mau titooo kumpul energy utk petang ni plk ;))

*Semua gambar2 diatas adelah ihsan dari galaxy note ku yee...hehe *nak jugaakk tuuu* itu tandanya sy menghargai note sy..hehe

ADIOS

# 109

Wowewowewowe!! ;))

Thursday, February 23, 2012

# 108


Akhirnya...............

Sudah berhenti dari meroyan..................

Ibarat meludah ke langit, terkena muka sendiri..........

Ibarat membuat perkara kotor terpalit ke muka sendiri................jugakkk......


Dan akhirnya terpaksalah org yg membuat kotor tu membersihkan kembali kotoran2 nya itu.......

Dan akhirnya terpaksalah org yg meludah itu menjilat kembali ludahnya....

Tiada apa yg nak dihairankan sebenarnya.....begitulah nasib mereka2 yg..... (okeh xtrgamak nk cakap)....bukankah pepatah pernah berkata 'berani kerana benar, takot kerana salah'......

Sssguhnya benarlah kata2 ini:

 Berdiam diri lah, kerana ssguhnya sekiranya kamu percaya kamu berada pada pihak yang benar, Allah SWT akan menolong dirimu......

kerana ssguhnya pertolongan Allah SWT itu akan dtg dengan cara dimana setiap kritikan, cacian, sindiran & hinaan itu akan dilemparkan kembali ke wajah mereka..........

& sekaligus mereka sendiri yang akan 'menjilat sekaligus mmbersihkan kembali' segala kotoran, fitnah, najis & ludah  itu!'

Subhanallah...memang benar.........  :))

kalo tujuan sbb xmo org lain tahu keburukan diri tu........hurmm kalo Allah nk tunjuk, lambat laun depan org kesayangan sendiri pn akan terkeluar segala sifat2 buruk itu........silalah berasa malu kpd diri sendiri kalaupun xmalu kpd org lain yehh

& Jgn pernah sesekali mntertawakan ketika org lain dilanda masalah sbb takdir Allah kita xtahu.....

Siapa tahu masalah itu akan kembali kpd kita semula tanpa disedari.....

Ssguhnya hati itu Allah yg brkuasa mmbolak-balikkan......setia sebelum kahwin x bererti akan setia selamanya2............. xsetia sblm kahwin bukan bererti x akan setia selepas kahwin......(agak2 faham x pmbaca2 blog ku?)

 org yg mampu menahan sabar adalah mereka yg akhirnya akan menang dlm ssuatu perkara/situasi/keadaan (belajar dari pengalaman lepas)....Alhamdullilah..

kata2 suami ku  benar.....dia juga bgtahu xde guna setakat tulis ape yg suami bgtahu tapi xikut ape yg suami suruh......belakang suami buat benda sebaliknya... luv him soo much....x rugi brsabar.... ;))
Hope lepas ni semua hidup aman damai ye.....belajar brsyukur dgn segala nikmat yg Allah bagi sebelum dtarik balik semua tu......

Okeh aku chow dulu la, nak sambung senyum & brsyukur dlm hatiiiiii....kali ni senyumku bertambah lagi & lagi lebarrrrrrrrr...............(^______________________________^)






ADIOS


Monday, February 20, 2012

# 107

Salam semua kepada pembaca2 blog ku, kpd para followers yg rasmi mahupun yg xrasmi dan juga kpd para peng'skodeng' ..ade ke yg nk skodeng blog ini..xtau xtau.. ;p Okeh so, cerita ni adelah sambungan dripada entry yg lepas..siapakah gerangan yang msk pital tu..? daku kah? husband ku kah?..oh bukan tapi inilah pesakitnya



my lil princess.....demi anak kan, mommy sggp la  xbalik kl..pelajaran dan anak ..anak lagi diutamakan...hari mommy nak balik sane, baru tahu gegendang telinga qistina pecah... Alhamdullilah selepas 2 hari diberikan rawatan rapi oleh Dr Pakar Telinga Dr Mohd Hamzah merangkap suami kepada Ustazah Tempawan yg merupakan kawan kpd my mom,  keadaan beransur baik...

Hurmm..konfius jap pesakit xmcm pesakit pn huhu...(si dhya mmg sgt aktif walaupun xbrape sehat)




Muka tgh merajuk dgn mommy...geram nk gigit pipi tuuuuu



Dalam pada tu, sempat lagi melihat pemandangan stadium dri balkoni bilik





1 lagi aksi nakal dari cik qistina yeh tuan2 dan puan2 sepanjang di hospital
Okeh sebelum tu xlupa kepada wan badri sekeluarga, thanks diatas pemberian bunga dan buah2an tersebut hehe..okeh tu je la setakat ni..okeh..semoga my lil princess semakin hari keadaan telinga nya semakin bertambah baik dan cepat2 sembuh okeh....muahhhhsss !!


ADIOS..salammm

Saturday, February 18, 2012

# 106

Malam ni aku brmalam di hospital Perdana..menyaksikan prlawanan sarawak vs kelantan dri balkoni bilik...sbb kenape aku brmlam di sini pd mlm ni?..hurmmm adelah ssuatu yg trjadi...hrap semuanya okeey..tahniah utk kelantan menang pd mlm ini...oh ye..aku pn trpaksa batalkan penerbangan pulang ke KL dssbkn ssuatu yg trjadi inilah..harap esok leh discharge ward lah...aku pn da sms sv gtau aku xdpt blk hari ni..Alhamdullilah sv aku seorang yg mmhami. .tQ Dr.... :))

Friday, February 17, 2012

# 105

Hehe...wah bape hari je lagi semester baru akan membuka tirainya...okeh banyaaaaak sgt azam2 baru yg dibina dlm minda ni & hanya menunggu masa untuk direalisasikan...okeh bersemangat2..walaupun agak sedih sbb cuti da nk abes dan ini brmakna aku kena brjauhan sekali lagi dgn husband & anak tapi xpelah ...itulah pengorbanan namanye..lagipn semester kedua ni harapnye lebih tersusun dan lebih sistematik terutama dri segi jadual kelas...kalo jadul kelas trsusun cantik, so senang la aku nk plan nak balik rumah, nak wt research dll...

lagipn semester kedua ni aku brazam nak siapkan pretest dan pilot study...pastuh nk dapatkan sorang co-sv or dua org co-sv...my sv plk kemungkinan besar akan ke UK selama 9 bulan..so aku mmg perlukan co-sv cepat2..dlm kepala dah ade dh calon2 co-sv tu..slh sorang Dr Nasir dri fakulti perubatan..hope dia sudi jadi co-sv ku...sperti yg sv aku bilang,,sy lagi suka dia jadi co awak dri dia jadi internal examiner awk' okehh....

sorang lagi co-sv sbnrnye aku nk sorang lecturer dri fakulti perubatan USM ...tapi tu lah, aku takot kalo2 permintaan aku x diluluskan oleh dekan aka my boss...sbb aku under fakulti kesihatan...hurmm mslhnye aku punya hubungan yg lebih baik dgn para2 doktor dri fakulti perubatan dri fakulti aku sendiri hahaha...okeh ye lah sbb aku blajo perubatan statistik selama 2 tahun kat sane kan..logik la kan kan....pastuh kan aku trpikir gak nk Prof Syed Hatem merangkap ketua jabatan biostatisik usm jadi co-sv aku..hahaha...manyak nye mu punya co-sv! sguh brimpian lah tu kan...hhehehe.....

Okeh tapi seriously ckp, aku nak Dr Nasir dari Upm jadi co-sv..sbb nye? yeahh sbb aku banyak rujuk artikel beliau dlm penulisan proposal...oh ye rsnye proposal aku dh boleh dikembangkan menjadi thesis...

okey semalam jgk hari yg agak seronok bagi aku..sebabnye aku dh belajar dri member aku merangkap junior aku cara2 nak guna analisis baru yg selama ni mmg aku dok tggu2 (dh banyak kali trlepas peluang nk g workshop analisis ni sbb disebabkan tarikhnye jatuh pd hari aku ade kelas)...kitrg saling brtukar ilmu lah..analisis ni mmg aku perlu guna untuk capai objektif nombor 2..


nampak mcm beshh kan...tapi kalo dh analyze tu mau pusing kepala jgk hehe..okeh sampai cni saje, nak kejutkan husband katenye kul 11 ade prjumpaan ape ntah..k bye2 tata titi tutu
--> -->

Wednesday, February 15, 2012

# 104

Lepas tdokan my lil princess tadi, aku pn saje2 lah kan bukak astro...aku balik rumah ni pn jrg benor nonton tv..pastuh rs gedik2 santai nak bukak astro first hehe..mula2 ingt nk pilih yg bujang trlajak, huhu pastuh x jadi, bila tgk preview hafalan solat delisa terus aku trtarik nk tgk cite nih...trtarik sbb cite ni ade kaitan dgn tsunami...okeh citenye mmg menginsafkan...bergenang jugak la air mata neh...bnyk pengajaran yg blh dimabil...bila pikir org lain lagi ramai yg mghadapi masalah dan bencana yg besar2...mslh yg aku hadapi dlm hidup blh dikatakan x sebesar & sekuat dugaan mereka...maka aku patut mnjadi hamba-Nya yg lbh brsyukur


Ni yang versi novel

Memang banyak adegan yg menyentuh hati....bila dah ade anak sendiri ni, terase lebih sensitif & lbh mudah trsentuh jiwa nih....pas tgk cite nih, aku terus google yg tsunami...kejadian tsunami pn slh satu tanda kekuasaan Allah SWT....


~XPERLU DILAYAN SEGALA PROVOKASI YG JELAS X MGUNTUNGKAN, KERANA PROVOKASI MURAHAN SEPERTI ITU HANYALAH DTG DARI MEREKA YG HATI & JIWANYA SEDANG SAKIT WALAUPUN LUARANNYA NAMPAK NORMAL.......MENGAPA MESTI KITA MEMILIH SYAITAN MAHUPUN NERAKA SEDANGKAN KITA BOLEH MEMILIH SYURGA DAN MALAIKAT~

 ADios

Sunday, February 12, 2012

# 103


Tgh dlm mood nk menghupdate blog kan....pastuh amik ms jap baca blog2 yg di follow...okeh, trjumpa topik yang best dan sgt bersesuaian di blog Dr. Ridzwan....sebab sekarang ni ramai sgt manusia2 negatif disekeliling kita...kalau x disebelah kita pn di alam maya kan berlambak....so, same2 lah kita membaca ape yg Dr. Ridzwan tulis neh semoga tips yg diberi dpt menghindarkan kita dri dok melayan manusia2 negatif ini ;))

http://ridzwan-bakar.blogspot.com/2012/02/tips-managing-negative-pople.html


...dan doa yg disarankan dibaca diblog Dr ridzwan tu, Alhamdullilah mmg aku amalkan lebih2 lagi sepanjang duk seorang diri nun disana....doa tu umi merangkap ibu mertua ku yg ajarkan...banyak lagi doa2 dan amalan2 yg umi bagi...hurmm..tu lah ade kebaikkannya bila tinggal serumah dgn org tua nih...(nanti aku coretkan 1 cite khusus psl nih)...


k, selamat membaca..bacalah dengan hati yang tenang ;))

# 102



LOVE STORY

# 101




~Lebih baik anda menjadi yang difitnah daripada menjadi yang menfitnah kerana si pemfitnah jlas mempunyai hati yang tidak cantik bahkan dalam agama dia diibaratkan seperti memakan daging saudaranya sendiri yg telah mati.....dia sebenarnya sedang sakit & hatinya perlu dirawat~

~Meskipun difitnah itu sakit tapi yang memfitnah itu sebenanrya lagiiii sakit. Kalau kesakitan memfitnah tidak timbul didunia, akan tetap timbul di akhirat....~

~Selagi anda tidak difitnah, anda bukanlah sesiapa. Tapi, sebaik sahaja anda difitnah, itu tandanya anda sedang menggapai kejayaan...~

~hak andalah apabila tidak mahu memaafkan, kerana tiada paksaan dlm Islam untuk memaafkan~



Petikan daripada Dr. Hm. Tuah Iskandar al-haj

Sekadar untuk berkongsi bersama2.....untuk panduan hidup bersama.... ngeee :))

Friday, February 10, 2012

# 100

Selepas Solat Jumaat tghari tadi, umi ada buat jamuan cket sempena sambutan maulidur rasul.....so, ni ade la serba sdkt gambar2 yang 'ditangkap' oleh galaxy note ku...& ssguhnya aku sgt menyukai si note nih ;p












Dah lame aku xpakai jubah purple tuh..last aku pakai ms aku hari konvokesyen master ms tuh aku tgh pregnant 8 bulan lebih daa ...baguslah harap2 anak mommy pn ikut jejak langkah mommy yeh..princess mommy ms dlm perut mommy da naik stage terima skrol Alhamdullilah...*same mcm mama sy dulu*

Hari ni mmg ramai tetamu yg dtg...member Ds yg dtg antaranya Piya & Ang...tapi xsempat nk amik gambar tetamu2 yg dtg sbb duk kalut dgn si princess neh la...manjeeee.....nk bertepek je dgn mommy...huhu....

k lah setakat ni je la coretan kali nih....

*Galaxy note menambahkan lagi keceriaan hidupku* wahh sempat lagi tuuu, hehe ;p