Thursday, January 19, 2012

# 89

Dosa seorang wanita yang tidak menutup aurat dan melakukan maksiat tidak ditanggung olehnya seorang sahaja. Tetapi beliau turut mengheret puluhan orang lain yang akan menanggung dosa bersamanya. Adakalanya si wanita ini berkata:

‘Aku tidak menutup aurat itu aku punya pasal la! Bukan aku menyusahkan kamu pun!’

Sebenarnya beliau silap! Dek kerana dirinya yang tidak menutup aurat, beliau telah membuatkan orang-orang yang bertanggungjawab mendidik dan menjaganya turut menanggung dosa. Siapakah orang-orang itu? Mereka ialah:

  • Suaminya.
  • Ayahnya.
  • Saudara lelakinya.
  • Anak lelakinya

Sumber: cahaya islam.net 

+ :..aku mula2 pakai tudung ms aku darjah 5..dari hari itu sampai sekarang, Alhamdullilah tudung sentiasa melekat dikepala apabila keluar dari rumah...bukan disebabkan peraturan sekolah..tapi disebabkan kehendak hati sendiri..

antara faktor utama yg mengubah seseorang dri brtudung ---> x brtudung adelah disebabkan faktor kawan...bijak memilih kawan, bahagialah hidup kita, trsilap memilih kawan, habislah.....tpi sebenarnya faktor yg paling utama adalah diri sendiri...betul x..?...aku pun ade je member2 x brtudung tapi ok je....bijak memilih kawn juga blh mengubah seseorng dri tidak bertudung----> bertudung..

Dalam kes terbaru yg tgh heboh baru2 ni tu, aku xreti gak nk komen cuma nye aku teringat pernah baca hadis/tafsir Al-Quran mengatakan (lebih kurang la nih) : dugaan & cabaran & ujian  yg Allah SWT turunkan kepada hamba-hamba-Nya  samada dari segi musibah atau kenikmatan...jdi aku simpulkan beruntunglah org2 yg mendapat kenikmatan dri Allah (kekayaan, kepandaian dsb) yang semakin meningkat imannya......kerana manusia sebenarnya mudah lupa & tenggelam dlm kenikmatan...yg biasanya membawa kepda penyakit hati seperti riak, sombong & x blh dinasihat mahupun ditegur....Wallahualam....

Biarlah akhlak juga seiring dengan penampilan (bagi mereka yg brtudung & mnutup aurat terutamanya)..hati x mo hitam2 legam okeh, takot kalo hati tu dh legam sgt, susah nk hilang, tinggal karat yg banyak... ... ;))


No comments: