Perasaan ini. Sukar untuk dimengerti. Perasaan ini selalu bercampur baur. Terkadang menyesakkan minda. Berusaha untuk melupakan. Seringkali gagal. Bertanya kepada diri. Mengapa?..Sampai bila?...
Aku. Dlm marahku, masih ada rasa simpati. Dalam sakit hatiku masih ada rasa bersalah. Dalam benciku masih ada sisa kemaafan yg ikhlas. Aku wanita. Kau juga wanita. Hatiku. Azalinya sentiasa berprasangka baik. Ingin percayakan kau dari awal aku kenali. Dirimu. Hatimu. Aku tidak tahu. Tapi aku yakin kau adalah seorang yg baik. Semoga aku tidak tersilap. Keadaan yg memaksa kita saling menyakiti hati antara satu sama lain. Sungguh kejam. Sungguh naif. Sungguh dangkal emosi & jiwa bila dikuasai perasaan negatif.Bila egoku tinggi melangit. Aku memandangmu sebagai musuh. Xlebih dari sekadar seorang perempuan yang terdesak. Dikecewakan. Berpura2 gembira dimata umum. Tapi dalam hati siapa tahu. Namun, bila empati ku melanda, aku ingin sekali memandangmu sebagai seorang SAHABAT. Kerana, Apa yang kau rasa. Aku juga pernah merasainya...27 Nov. Barangkali pada tarikh ini. Hati aku secara tiba2 mudah untuk memaafkan & melupakan perkara ini. Ini adalah yang sebenar-benarnya. Sepertimana pada tahun lepas pada tarikh ini. Aku melupakan semuanya umpama 0-0. Tpi sayang, apa yg berlaku selepas itu. Ahh, malas mahu diulang. Bukankah telah tekad mahu melupakan. Sekarang, kita umpama 0-0.Alhamdullilah....jiwaku kembali tenang. Aman. Damai..Semuanya dengan izin-Nya & semata2 kerana Allah SWT...... (^_^)
Sunday, November 28, 2010
# 22
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment