Friday, February 15, 2013

# 145


Bermacam2 perkara yg berlaku kebelakangan ini....kebanyakkan perkara yang boleh membuatkan rs sakit kepala, stress dan perkara negatif yang seumpamanya muncul..syukurlah setakat ini hidup aku masih bersinar bahagia tapi untuk masa depan kita x tau...sbb tu lah aku sentiasa berdoa kepada-Nya supaya keamanan hidup ini berkekalan hingga ke akhir hayat...

Sifat aku bukanlah seorang pengalah, aku bukanlah seorang yang mudah mengalah kepada keadaan...sekiranya kata hati aku mengatakan aku perlu fight, aku akan brjuang sehabis terdaya, selepas itu andai ditakdir sesuatu itu bukan milik aku, barulah aku akan berhenti...lbh2 lagi demi insan2 tercinta..bukankah cinta itu bisa memberikan kita kekuatan yang luarbiasa? kekuatan dan semangat untuk terus berjuang menghadapi apa jua cabaran... namun semuanya banyak bergantung kepada hubungan kita dengan Pencipta kita iaitu Allah SWT Yang Maha Esa.....tanyalah diri sendiri, sudah tertunaikah amalan yang wajib kita laksanakan? cukupkah ibadat solat 5 waktu kita sehari semalam? bilakah kali terakhir kita menyentuh & membaca Al-Quran?

Bila berlaku sesuatu masalah atau konflik, walau sesakit mana hati ini, aku lebih suka merenung akan kekhilafan diri sendiri, walaupun suara hati yg 1 lagi brbisik dengan nyaring meminta agar setiap kesalahan diletakkan di atas bahu org2 tertentu & org itu lah yg bersalah 100%...itu bukan aku, aku pernah..pernah cuba meletakkan kesalahan pada org lain 100% tetapi apa yang berlaku selepas itu sangat tidak membantu hidup ini sehinggalah aku kembali melunturkan ego dengan mengakui setiap perkara yang tidak diingini yg berlaku itu juga adalah disebakan silap & salah aku sendiri....samada scara terang2an ataupun kabur2...memang akan ada silap dan salahnya....sesungguhnya diri ini tidak sempurna...

Bila kita mula menuding jari kepada org lain, secara tidak langsung, ia akan menyemarakkan dendam di dalam hati, dendam yang sentiasa menyala2 akibat daripada rasa sakit hati yang tidak berkesudahan...elok kah itu? tanyalah diri sendiri...adakah dengan menyalahkan keadaaan akan membantu kehidupan kita menjadi lebih baik..? aku x percaya langsung sbb aku pernah mengalaminya.....syukur sebab Tuhan masih sygkan aku, masih memberi aku petunjuk dan jalan keluar....setiap manusia ditunjukkan jalan keluar cuma manusia itu sendiri yang kebanyakkan memilih untuk mempertahankan ego mereka & terus bergelumang dengan segala rasa hitam di hati .....

Kembalilah kepada-Nya, Insya- Allah segala2nya akan dpermudahkan.....walaupun trpaksa memakan masa bertahun2 untuk melupakan, yakinlah kita mampu melupakannya suatu hari nanti, dengan syarat jangan menjadi seorang yang mudah mengalah ;))

No comments: