Monday, November 26, 2012

# 142


Syukur Alhamdullilah ke hadrat Ilahi. Allah SWT memurahkan rezeki bagi ku di bulan Muharam, bulan yang sangat indah. Airmata kegembiraan menitis takala mengetahui diri ini rupanya sedang berbadan dua. Mengenangkan begitu mudah Allah SWT  makbulkan doa ku & suamiku sementara ada pasangan2 lain yg sgt berharap akan kehadiran cahaya mata mash x kunjung tiba. Juga bila mengenangkan segala dosa2 yg dilakukan, tapi Allah Yang Maha Pemurah & Maha Penyayang memudahkan urusan kami...syukran Ya Allah...


Sejujurnya diri ini sangat teruja dengan kehamilan kali ini.Tidak pasti mengapa tapi tentunya ada beberapa perkara yang perlu mommy tebus semasa kehamilan puteri sulung dahulu. .mommy mahu menjadi ibu hamil yang lebih ceria & gembira & banyak beribadat kepada-Nya. Sedang menyiapkan pengajian PhD bukanlah suatu penghalang, Insya-ALLAH seandainya kita berfikiran dgn lbh positif, kehamilan ini akan menjadi penguat semangat utk mommy cepat2 habeskan pengajian yg berbaki lagi setahun setengah..Teringat masa Master dulu, kehamilan Nana memang memberi kekuatan pd mommy utk siapkan thesis master dgn jayanya tepat pd masanya & mommy menerima ijazah master pada usia kandungan 8 bulan..Alhamdullilah...



Bila mendapat tahu akan kehamilan disebalik rasa gembira, tiba2 diri ini teringat akan niat untuk mengerjakan umrah pada bulan 5 ini sementelahan mama & papa & adik2 telah mendaftar untuk ke umrah pada Mei 2013..Tiba2 mommy diselubungi rs sedikit kecewa & sedih kerana mngikut perkiraan pada waktu itu usia kandungan mommy adalah 7 bulan yang tidak memungkinkan mommy utk turut serta. Teringat plk masa mommy hamilkan Nana, pun mommy x dapat ikut bersama2 abi menunaikan umrah kerana usia kandungan pada waktu itu pn dlm 7-8 bulan..ttba2 terasa sedih, & memujuk hati sendiri ' mungkin belum masanya Allah izinkan aku menjejakkan kaki ke bumi berkat itu","mungkin ada hikmah yang lebih indah menanti disebalik semua ini'..



Baru sebentar tadi, mommy amik masa sekejap membaca majalah Q&A yang baru dibeli. Semasa sedang membelek2 & mmbaca muka surat demi muka surat tiba2 mommy terbaca suatu ayat daripada Ustaz Mohd Kazim Elias dalam kolum Senyum Pagi yang bertulis

Allah SWT menganugerahkan pahala yg sgt besar kpd wanita yg mengandung disebabkan kesusahan demi kesusahan yang ditanggung. Keutamaan mengandung seprti MENGERJAKAN HAJI DAN UMRAH serta berpuasa sepanjang hari"
Terus terkesima diri ini takala membacanya. Serentak itu juga air mata bergenang di kelopak mata. Sesungguhnya Engkau maha Berkuasa Ya Allah, Kau ubati hati hamba-Mu ini dengan penawar menerusi ayat ini..benarlah seperti yang tertera pada topik majalah Q&A, Jagalah Allah & Allah akan menjagamu..Subhanallah...tenang kembali rasanya jiwa ini..syukur Ya Allah...


Insya-Allah semoga kehamilan ini akan memberikan rezeki yg tidak terhingga kepada ku & keluargaku & semoga dengan rezeki  ini menjadikan kami hamba-Mu yang lebih brsyukur Ya Allah... Aminn


Monday, November 12, 2012

# 141

Skang da masuk bulan November...musim org kahwin skg ni...tpi pelik gak, aku xde pn dapat undangan kahwin member2 ku..ke tahun ni xde member aku yg kahwin bulan Nov...? hoho..

Hati terasa sgt gumbira n rileks lepas balik bercuti..dari Kelantan-KL-Port Dickson-KL-Johor-Singapore-Johor-Singapore-KL-Kelantan...phewwwww, walaupun penat tapi sonok..!!

Universal studio singapore


Legoland, sila jeleskan diri sbb sy dh berjaya jejak kaki ke sini hehe

Banyak agy gambar tapi mls la plk nk upload huhu....pendek kata percutian ni mmang brbaloi2, yang paling ceria dan gembira ialah my lil princess, kuar2 je spital esokkan terus ke KL...Alhamdullilah kesihatan nana semakin bertambah baik ;))

so,skang ape yg perlu dibuat? kembali fokus kepada kerja2 penyelidikan...jangan malas2!..SV pn dah pulang dari UK..hehe..Insya-Allah xde aral, this December or January dah boleh mulakan data collection...harap semuanya berjalan lancar ;))