Thursday, April 18, 2013

# 146

Salam ceria & selamat berbahagia!!...yeaaahh, sudah sampai masanya untuk sy melangkah ke tahap yang seterusnya utk research sy..data collection!...seribu responden kajian, phewwww.....berdebar, teruja semuanya ada...semoga semuanya berjalan lancar..dipermudahkan-Nya utk mengumpul data yg dikehendaki...seribu responden, 1 set kaji-selidik ada 20 pages, so semua dalam 20k pages...adekah ibu mengandung mahu melakukan semua tugasan tersebut? oh nooo, mestilah tidak...maka dnegan itu sy memerlukan pembantu..nk lebih umph org panggil pembantu penyelidik..hehehe...30 buah sekolah...oh kenapa kajian sy memerlukan sampai seribu responden tu...ehemm2, brdsarkan rule of thumb utk multilevel analysis, paling minimum bilangan unit untuk setiap group ialah 30/30..so 30 x 30 =900 kan..100 tu sy lebihkan in case ade brlaku ape2 ke mcm information x lengkap ke dsb nye....

okeh2 harap sy dapat setel semuanya sebelum sy melahirkan baby..tapi sebelum tu 2 conference lagi menanti sy: 28th scientific conference & Fundamental Science Congress 2013..pun nak setel sebelum baby mummy ni keluar dri rahim mummy utk melihat dunia, Insya-Allah ;)....seb baik lah sy dapat seorang sv yg memahami..huhu..owh nanti anak mummy pn harap2 jadi lebih rajin, lebih brsemangat, lebih cergas & segala2 nya yg lebih baik lah..* jadi anak yg soleh/solehah amatlah dititikberatkan* ;))

Terima kasih gak kpd hubby kerana bt suprise kat mummy ptg tadi..wah mentang2 lah harga emas dh turun ye...sape yg untung? mummy gak yg untung hehehehe ;p

okeh adios, sy nk g mencelah kat tgh2 antara abi n nana..hehe ;p

Friday, February 15, 2013

# 145


Bermacam2 perkara yg berlaku kebelakangan ini....kebanyakkan perkara yang boleh membuatkan rs sakit kepala, stress dan perkara negatif yang seumpamanya muncul..syukurlah setakat ini hidup aku masih bersinar bahagia tapi untuk masa depan kita x tau...sbb tu lah aku sentiasa berdoa kepada-Nya supaya keamanan hidup ini berkekalan hingga ke akhir hayat...

Sifat aku bukanlah seorang pengalah, aku bukanlah seorang yang mudah mengalah kepada keadaan...sekiranya kata hati aku mengatakan aku perlu fight, aku akan brjuang sehabis terdaya, selepas itu andai ditakdir sesuatu itu bukan milik aku, barulah aku akan berhenti...lbh2 lagi demi insan2 tercinta..bukankah cinta itu bisa memberikan kita kekuatan yang luarbiasa? kekuatan dan semangat untuk terus berjuang menghadapi apa jua cabaran... namun semuanya banyak bergantung kepada hubungan kita dengan Pencipta kita iaitu Allah SWT Yang Maha Esa.....tanyalah diri sendiri, sudah tertunaikah amalan yang wajib kita laksanakan? cukupkah ibadat solat 5 waktu kita sehari semalam? bilakah kali terakhir kita menyentuh & membaca Al-Quran?

Bila berlaku sesuatu masalah atau konflik, walau sesakit mana hati ini, aku lebih suka merenung akan kekhilafan diri sendiri, walaupun suara hati yg 1 lagi brbisik dengan nyaring meminta agar setiap kesalahan diletakkan di atas bahu org2 tertentu & org itu lah yg bersalah 100%...itu bukan aku, aku pernah..pernah cuba meletakkan kesalahan pada org lain 100% tetapi apa yang berlaku selepas itu sangat tidak membantu hidup ini sehinggalah aku kembali melunturkan ego dengan mengakui setiap perkara yang tidak diingini yg berlaku itu juga adalah disebakan silap & salah aku sendiri....samada scara terang2an ataupun kabur2...memang akan ada silap dan salahnya....sesungguhnya diri ini tidak sempurna...

Bila kita mula menuding jari kepada org lain, secara tidak langsung, ia akan menyemarakkan dendam di dalam hati, dendam yang sentiasa menyala2 akibat daripada rasa sakit hati yang tidak berkesudahan...elok kah itu? tanyalah diri sendiri...adakah dengan menyalahkan keadaaan akan membantu kehidupan kita menjadi lebih baik..? aku x percaya langsung sbb aku pernah mengalaminya.....syukur sebab Tuhan masih sygkan aku, masih memberi aku petunjuk dan jalan keluar....setiap manusia ditunjukkan jalan keluar cuma manusia itu sendiri yang kebanyakkan memilih untuk mempertahankan ego mereka & terus bergelumang dengan segala rasa hitam di hati .....

Kembalilah kepada-Nya, Insya- Allah segala2nya akan dpermudahkan.....walaupun trpaksa memakan masa bertahun2 untuk melupakan, yakinlah kita mampu melupakannya suatu hari nanti, dengan syarat jangan menjadi seorang yang mudah mengalah ;))

Sunday, December 23, 2012

# 144




'Sesungguhnya Tuhanku sedang  mengujiku'

Friday, December 7, 2012

# 143

 Sedang berusaha gigih menyiapkan penyelidikan...

Setiap org yg sambung PhD masing2 ada cara tersendiri kan untuk menghadapinya...

Sama lah macam saya,

Cara sy ialah

dengan menjadi fellow tajaan USM,
dengan menjadi seorang isteri kepada insan bernama Mohd Daudsu,
dengan menjadi seorang mommy kepada seorang anak perempuan yang comel, Nik Dhiya Qistina,
dengan menjadi seorang ibu mengandung di sem ke-3 pengajian..hehehe

& opkos yg plg utama

dengan menjadi seorang hamba-Nya yang Maha Berkuasa

hurmm, kelihatan sangat tidak mudah bukan berbanding dengan rakan-rakan lain yang masih single-mingle ataupun yg sudah berkahwin tapi masih belum ade anak, kena tamatkan pengajian dlm masa 3 tahun..phewww.. hanya mereka yg berada dlm situasi sama mcm sy je yg memahami...

tapi xpe, selagi boleh sy akan berusaha buat yg terbaik & termampu,

USAHA DOA & TAWAKAL



Monday, November 26, 2012

# 142


Syukur Alhamdullilah ke hadrat Ilahi. Allah SWT memurahkan rezeki bagi ku di bulan Muharam, bulan yang sangat indah. Airmata kegembiraan menitis takala mengetahui diri ini rupanya sedang berbadan dua. Mengenangkan begitu mudah Allah SWT  makbulkan doa ku & suamiku sementara ada pasangan2 lain yg sgt berharap akan kehadiran cahaya mata mash x kunjung tiba. Juga bila mengenangkan segala dosa2 yg dilakukan, tapi Allah Yang Maha Pemurah & Maha Penyayang memudahkan urusan kami...syukran Ya Allah...


Sejujurnya diri ini sangat teruja dengan kehamilan kali ini.Tidak pasti mengapa tapi tentunya ada beberapa perkara yang perlu mommy tebus semasa kehamilan puteri sulung dahulu. .mommy mahu menjadi ibu hamil yang lebih ceria & gembira & banyak beribadat kepada-Nya. Sedang menyiapkan pengajian PhD bukanlah suatu penghalang, Insya-ALLAH seandainya kita berfikiran dgn lbh positif, kehamilan ini akan menjadi penguat semangat utk mommy cepat2 habeskan pengajian yg berbaki lagi setahun setengah..Teringat masa Master dulu, kehamilan Nana memang memberi kekuatan pd mommy utk siapkan thesis master dgn jayanya tepat pd masanya & mommy menerima ijazah master pada usia kandungan 8 bulan..Alhamdullilah...



Bila mendapat tahu akan kehamilan disebalik rasa gembira, tiba2 diri ini teringat akan niat untuk mengerjakan umrah pada bulan 5 ini sementelahan mama & papa & adik2 telah mendaftar untuk ke umrah pada Mei 2013..Tiba2 mommy diselubungi rs sedikit kecewa & sedih kerana mngikut perkiraan pada waktu itu usia kandungan mommy adalah 7 bulan yang tidak memungkinkan mommy utk turut serta. Teringat plk masa mommy hamilkan Nana, pun mommy x dapat ikut bersama2 abi menunaikan umrah kerana usia kandungan pada waktu itu pn dlm 7-8 bulan..ttba2 terasa sedih, & memujuk hati sendiri ' mungkin belum masanya Allah izinkan aku menjejakkan kaki ke bumi berkat itu","mungkin ada hikmah yang lebih indah menanti disebalik semua ini'..



Baru sebentar tadi, mommy amik masa sekejap membaca majalah Q&A yang baru dibeli. Semasa sedang membelek2 & mmbaca muka surat demi muka surat tiba2 mommy terbaca suatu ayat daripada Ustaz Mohd Kazim Elias dalam kolum Senyum Pagi yang bertulis

Allah SWT menganugerahkan pahala yg sgt besar kpd wanita yg mengandung disebabkan kesusahan demi kesusahan yang ditanggung. Keutamaan mengandung seprti MENGERJAKAN HAJI DAN UMRAH serta berpuasa sepanjang hari"
Terus terkesima diri ini takala membacanya. Serentak itu juga air mata bergenang di kelopak mata. Sesungguhnya Engkau maha Berkuasa Ya Allah, Kau ubati hati hamba-Mu ini dengan penawar menerusi ayat ini..benarlah seperti yang tertera pada topik majalah Q&A, Jagalah Allah & Allah akan menjagamu..Subhanallah...tenang kembali rasanya jiwa ini..syukur Ya Allah...


Insya-Allah semoga kehamilan ini akan memberikan rezeki yg tidak terhingga kepada ku & keluargaku & semoga dengan rezeki  ini menjadikan kami hamba-Mu yang lebih brsyukur Ya Allah... Aminn