Sunday, December 23, 2012

# 144




'Sesungguhnya Tuhanku sedang  mengujiku'

Friday, December 7, 2012

# 143

 Sedang berusaha gigih menyiapkan penyelidikan...

Setiap org yg sambung PhD masing2 ada cara tersendiri kan untuk menghadapinya...

Sama lah macam saya,

Cara sy ialah

dengan menjadi fellow tajaan USM,
dengan menjadi seorang isteri kepada insan bernama Mohd Daudsu,
dengan menjadi seorang mommy kepada seorang anak perempuan yang comel, Nik Dhiya Qistina,
dengan menjadi seorang ibu mengandung di sem ke-3 pengajian..hehehe

& opkos yg plg utama

dengan menjadi seorang hamba-Nya yang Maha Berkuasa

hurmm, kelihatan sangat tidak mudah bukan berbanding dengan rakan-rakan lain yang masih single-mingle ataupun yg sudah berkahwin tapi masih belum ade anak, kena tamatkan pengajian dlm masa 3 tahun..phewww.. hanya mereka yg berada dlm situasi sama mcm sy je yg memahami...

tapi xpe, selagi boleh sy akan berusaha buat yg terbaik & termampu,

USAHA DOA & TAWAKAL



Monday, November 26, 2012

# 142


Syukur Alhamdullilah ke hadrat Ilahi. Allah SWT memurahkan rezeki bagi ku di bulan Muharam, bulan yang sangat indah. Airmata kegembiraan menitis takala mengetahui diri ini rupanya sedang berbadan dua. Mengenangkan begitu mudah Allah SWT  makbulkan doa ku & suamiku sementara ada pasangan2 lain yg sgt berharap akan kehadiran cahaya mata mash x kunjung tiba. Juga bila mengenangkan segala dosa2 yg dilakukan, tapi Allah Yang Maha Pemurah & Maha Penyayang memudahkan urusan kami...syukran Ya Allah...


Sejujurnya diri ini sangat teruja dengan kehamilan kali ini.Tidak pasti mengapa tapi tentunya ada beberapa perkara yang perlu mommy tebus semasa kehamilan puteri sulung dahulu. .mommy mahu menjadi ibu hamil yang lebih ceria & gembira & banyak beribadat kepada-Nya. Sedang menyiapkan pengajian PhD bukanlah suatu penghalang, Insya-ALLAH seandainya kita berfikiran dgn lbh positif, kehamilan ini akan menjadi penguat semangat utk mommy cepat2 habeskan pengajian yg berbaki lagi setahun setengah..Teringat masa Master dulu, kehamilan Nana memang memberi kekuatan pd mommy utk siapkan thesis master dgn jayanya tepat pd masanya & mommy menerima ijazah master pada usia kandungan 8 bulan..Alhamdullilah...



Bila mendapat tahu akan kehamilan disebalik rasa gembira, tiba2 diri ini teringat akan niat untuk mengerjakan umrah pada bulan 5 ini sementelahan mama & papa & adik2 telah mendaftar untuk ke umrah pada Mei 2013..Tiba2 mommy diselubungi rs sedikit kecewa & sedih kerana mngikut perkiraan pada waktu itu usia kandungan mommy adalah 7 bulan yang tidak memungkinkan mommy utk turut serta. Teringat plk masa mommy hamilkan Nana, pun mommy x dapat ikut bersama2 abi menunaikan umrah kerana usia kandungan pada waktu itu pn dlm 7-8 bulan..ttba2 terasa sedih, & memujuk hati sendiri ' mungkin belum masanya Allah izinkan aku menjejakkan kaki ke bumi berkat itu","mungkin ada hikmah yang lebih indah menanti disebalik semua ini'..



Baru sebentar tadi, mommy amik masa sekejap membaca majalah Q&A yang baru dibeli. Semasa sedang membelek2 & mmbaca muka surat demi muka surat tiba2 mommy terbaca suatu ayat daripada Ustaz Mohd Kazim Elias dalam kolum Senyum Pagi yang bertulis

Allah SWT menganugerahkan pahala yg sgt besar kpd wanita yg mengandung disebabkan kesusahan demi kesusahan yang ditanggung. Keutamaan mengandung seprti MENGERJAKAN HAJI DAN UMRAH serta berpuasa sepanjang hari"
Terus terkesima diri ini takala membacanya. Serentak itu juga air mata bergenang di kelopak mata. Sesungguhnya Engkau maha Berkuasa Ya Allah, Kau ubati hati hamba-Mu ini dengan penawar menerusi ayat ini..benarlah seperti yang tertera pada topik majalah Q&A, Jagalah Allah & Allah akan menjagamu..Subhanallah...tenang kembali rasanya jiwa ini..syukur Ya Allah...


Insya-Allah semoga kehamilan ini akan memberikan rezeki yg tidak terhingga kepada ku & keluargaku & semoga dengan rezeki  ini menjadikan kami hamba-Mu yang lebih brsyukur Ya Allah... Aminn


Monday, November 12, 2012

# 141

Skang da masuk bulan November...musim org kahwin skg ni...tpi pelik gak, aku xde pn dapat undangan kahwin member2 ku..ke tahun ni xde member aku yg kahwin bulan Nov...? hoho..

Hati terasa sgt gumbira n rileks lepas balik bercuti..dari Kelantan-KL-Port Dickson-KL-Johor-Singapore-Johor-Singapore-KL-Kelantan...phewwwww, walaupun penat tapi sonok..!!

Universal studio singapore


Legoland, sila jeleskan diri sbb sy dh berjaya jejak kaki ke sini hehe

Banyak agy gambar tapi mls la plk nk upload huhu....pendek kata percutian ni mmang brbaloi2, yang paling ceria dan gembira ialah my lil princess, kuar2 je spital esokkan terus ke KL...Alhamdullilah kesihatan nana semakin bertambah baik ;))

so,skang ape yg perlu dibuat? kembali fokus kepada kerja2 penyelidikan...jangan malas2!..SV pn dah pulang dari UK..hehe..Insya-Allah xde aral, this December or January dah boleh mulakan data collection...harap semuanya berjalan lancar ;))

Saturday, October 27, 2012

# 140

Salam Aidiladha... hujung2 tahun ni mmg ramai le kawan2 yg kahwin..hari raya aidiladha pn ada memori tersendiri jugak bagi sy n my hubby sebab pd hari raya aidiladha yang ke-2 kami diijabkabulkan :)) Kepada member2 yg bakal berkahwin pd hujung tahun ni atau dlm masa terdekat, tahniah diucapkan..semoga berbahagia dlm melayari alam rumahtangga :)) okey sekarang masa utk merancang percutian...sgt teruja tapi sket trbantut sbb nana demam plk sehari dua nih..tapi Insya-Allah harap2 lusa nana dh kembali sehat ..okeh selamat malam