Saturday, October 27, 2012
# 140
Salam Aidiladha... hujung2 tahun ni mmg ramai le kawan2 yg kahwin..hari raya aidiladha pn ada memori tersendiri jugak bagi sy n my hubby sebab pd hari raya aidiladha yang ke-2 kami diijabkabulkan :))
Kepada member2 yg bakal berkahwin pd hujung tahun ni atau dlm masa terdekat, tahniah diucapkan..semoga berbahagia dlm melayari alam rumahtangga :))
okey sekarang masa utk merancang percutian...sgt teruja tapi sket trbantut sbb nana demam plk sehari dua nih..tapi Insya-Allah harap2 lusa nana dh kembali sehat ..okeh selamat malam
Saturday, September 15, 2012
# 139
Ketika aku memandang kehidupan yang aku miliki pada masa sekarang, aku sgt2 bersyukur kepada-Nya..benarlah kata bidalan, yg kita suka mungkin x baik untuk kita & sebaliknya...kerana Allah lebih mengetahui segala2 nya...seharusnya bila menoleh kembali ke belakang, melihat mereka2 yang pernah hadir dalam hidup aku, ya aku patut berterima kasih kepada mereka..kerana tanpa mereka, aku tidak mungkin akan berada dalam situasi sekarang...baik kepada mereka yang menggembirakan aku selama ini mahupun yang menyakiti aku, pendek kata Allah hadirkan mereka dlm hidup aku bukan untuk suka2, ade peranan masing2 disitu... seribu perkara aku blh pelajari dripada mereka2 & setiap yang berlaku...kdg2 org yang kita anggap musuh lah yang banyak memberi inspirasi & motivasi kpd kita...haha...dengan syarat, kita kena sentiasa berfikiran positif... di situlah letaknya ujian untuk menguji sejauhmana aku mampu mengawal diri daripada amarah, dendam dn segala perkara negatif...bukan mudah tapi x mustahil ;))
Yang penting jaga hati sebaik2nya....memang susah tapi Insya-ALLAH kalo kita berusaha meminta kepada-Nya, Dia akan melenyapkan segala rs marah, sedih, kesal dsb dari hati kita & mggantikannya dengan sejuta nikmat & kebahagiaan ;))
Friday, September 7, 2012
Saturday, September 1, 2012
Saturday, August 25, 2012
# 136
Sebelum kahwin memang x brape nak amik kesah sgt psl hal ehwal bakal suami time tuh..sbb family yg aturkan semuanya jadi waktu tu sy percaya yang segalanya akan baik..bila dah kahwin, barulah sy perasan terdapat beberapa persamaan antara sy & suami sy...diantaranya ialah:
1) kami 5 adik beradik..suami sy 5 beradik, sy pn 5 beradik..adik beradik sy 3 perempuan & 2 lelaki, suami sy pn cmtu jugak, 3 perempuan 2 lelaki ;))
2) dari segi keturunan, sebelah mama sy ialah keturunan Nik...mama sy Nik Sah, sebelah suami plk umi keturunan Nik..umi Nik Salmani...keturunan Nik dari kedua2 belah ibu..pulaknya dua2 mak ni kahwin dgn org bukan Nik, jadi kami2 ni xde nama Nik..tpi mmandangkan kami ade darah Nik, anak kami namakan Nik sebagai penyambung keturunan...mama sy x silap dri keturunan Raja Jembal, umi dari sebelah Raja Pipih yg ade kaitan dengan Raja Pattani...moyang umi adelah Ulama besar di Pattani...my mum masa nk dilahirkan dulu nenek cakap kena lapik kain kuning sbb payah nak kuar, pastuh mudah2 je kuar...
3) Sebelah ayah plk dua2 ade darah India marii..hehe..sebelah papa sy moyang dtg dari India, ala2 Hindustani, ayah kepada datuk sy namanye Merican...begitu jugak dgn sebelah abah suami sy, ada keturunan Hindustani jugak, yg sedikit sebanyak diwarisi oleh suami sy .. hehe ;))
4) Dari segi pemakanan plk, sy & suami sama2 x suka makan hati berulam jantung ni, haha..
5) Dan persamaan yang ke-5 adalah persamaan yg kiut iaitu, kami sama2 pakai baju size 'S'...hahahahhaa!!...
Lihatlah betapa indahnya perancangan jodoh yang Allah SWT tentukan utk kami..Alhamdullilah :)
Subscribe to:
Posts (Atom)




